Monday, 8 February 2010

percubaan yang menjadi


semalam try masak resipi baru .
mee sizzling kowt .

mula-mula mak la yang beli mi tu dekat TESCO .
lepas tu, tak tahu nak masak apa .
then, dia suggest kan laa suruh masak mi sizzling even dia tak tahu nak masak macam mana kann .



pastu , terpikir pulak nak cari dekat internet .
biasanya , tang resipi-resipi ni lebih mudah nak cari kat MESRA.NET kowt .
memang dari dulu , suka sangat dengan semua resipi tu .

ada macam-macam label pulak tu .
ada makanan antrabangsa , sambal , makanan ringan , mi . nasi dan ETC laa .
pendek kata, semua nya laa ada kat situ kowt .

paling suka, tengok resipi sambal orang bujang under label sambal dan pencicah tuwh .

tapi , biasanya orang KELANTAN je kowt yang suka makan sambal tuwh .

HAHA .

da try cari resipi tu  .
bahan-bahan diaa ..

Yi Mee Mushroom Chicken Gravy 
Kiriman: adyla 
Sumber: buku resepi masakan cina 
Hits: 39 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
1 bungkus yi mee

2sm halia-hiris
5 biji cili padi-diketuk
2 ulas bwg putih-cincang
1 biji bwg besar-hiris
3 sudu besar minyak utk menumis
10 biji cendawan shitake kering-rendam dan potong nipis
3 ketul peha ayam - boleh ganti dengan 1 kiub ayam
300g isi ayam
½ cawan sos tiram
3 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
2 cawan air
gula secukup rasa 
utk pekatkan kuah

1 sudu besar tepung jagung
sedikit air
Cara:
tumis halia hingga wangi, masukkan bwg putih, bwg besar dan cili padi.biar sampai naik bau.masukkan peha ayam/kiub, cendawan, sos tiram, kicap dan air.biarkan sampai mendidih.selepas mendidih, masukkan isi ayam dan gula, biar sekejap.pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.curahkan kuah ke atas yi mee dalam pinggan sizzling.sedia dihidang
Cadangan Hidangan:
jika gunakan hot plate, bolehlah di tambah telur yg dipecahkan atas hot plate yg panas, juga boleh tambahkan sayur sawi yg dicelur dan carrot.
Tambahan:
kuah boleh dibekukan, jika nak makan, cuma panaskan saja.juga boleh dimakan bersama mi telur yg telah dicelur.





HAHA .























lepas dah masak tu , agak sedap la kowt rasanya .
siap boleh tambah 2-3 mangkuk kowt .


yi mee tu pon dah nak abes da dibuatnya .

No comments:

Post a Comment