aku mulai perasan tentang perubahan aku sekarang ni .
hmm .
aku tak tahu lahh kenapa aku boleh berubah secepat begini .
dulu , (bukan nak tunjuk riak ) sebelum keluar result SPM aku selalu baca ayat al-quran sehari sekali .
at least , 1 ain .
tapi , sekarang nie aku rasa macam dah lupa aktiviti dulu .
and kalau dulu , kalau aku tertinggal solat asar , aku akan ganti balik .
senang kata , qada balik sembahyang tu .
tapi , sekarang aku rasa macam malas .
bukan sahaja taknak qada /
tapi percaya tak ?
kalau aku cakap , aku balik pukul 8 mlm .
mandi , mkn semua pukul 8.15 .
then ,sembahyang dalam 8.30 .
time tu jugak aku sembahyang magrib , asar dan isyak sekali gus .
sekali gus disini bukan bermakna 3 niat solat dlm masa yang sama .
bukan oke ?
maknanya , aku buat tiga-tiga solat tu pada masa yang berlainan laa .
mula-mula ganti asar , lepas tu maghrib then isyak .
tengok mood , kalau rasa rajin nak ganti . ganti laa asar tu .
tapi , aku rasa aku makin terok kot sekarang nie .
ya allah !
tak aku pilih jalan nie .
aku mula sedar bila aku insaf tengok ramai yang muda-muda mati cepat sekarang nie .
dalam paper , setiap hari tak sah tak ada cerita melibatkan maut .
kisah pemergian yanie dan din beramboi cukup membuatkan aku sedar yang selama ni aku jugak lalai kepada perintahNYA .
aku perlukan sesorang untuk membimbing aku semula ke jalanNYA .
aku taknak apabila bekalan yang aku ada didunia cuma senipis kulit bawang sahaja .
yang lain-lain , hanya lah sisa yang sia-sia .
ya allah . berikan aku hidayahMU.
No comments:
Post a Comment