Friday, 21 August 2009

marmoset


hari ni..aku mula kenal-kenal dengan spesies monyet yang di namakan "marmoset"..
pertama kali aku tengok binatang ni kat surat khabar HARIAN METRO 21oGOS09...
semacam kiut..
semacam comel..
tapi memang comel gler!
comel sebab ianya monyet terkecil di dunia!!
sumpah! tak tipu ...
hehe..
aku pon try laa cari gambar binatang ni kat dunia tanpa sempadan ni...
cari nama saintifik dea..
sebab aku semacam dah berkenan dengan binatang ni..
hehe...
mengikut laman web Wikipedia..






Pigmi Marmoset (bahasa InggerisPygmy Marmoset) ialah sejenismonyet yang berasal dari sudur hutan-hutan hujan Brazil Barat,ColombiaTenggara, Ecuador Timur, dan Peru Timur. Nama saintifiknyaCallithrix (Cebuella) pygmaea.
Pigmi Marmoset merupakan monyet yang paling kecil, dengan panjang badannya hanya 14 -16 sentimeter (tidak termasuk ekornya yang 15-20 sm panjangnya), serta juga salah satu primat yang terkecil di dunia. Monyet jantan sekitar 140 gram (5 auns) beratnya, manakala berat betina hanya sebanyak 120 g (4.2 oz).
Walaupun namanya, Pigmi Marmoset adalah agak berbeza dengan marmoset-marmoset yang tipikal dalam genus Callithrix. Oleh itu, ia digolongkan dalam subgenus tersendiri yang dahulu diiktiraf sebagaiCebuella. Terdapat dua subspesies Pigmi Marmoset, iaitu:
  • Callithrix (Cebuella) pygmaea pygmaea
  • Callithrix (Cebuella) pygmaea niveiventris.

Pigmi Marmoset mempunyai bulu yang kuning keperang-perangan, sertaekor bergelang yang sepanjang badannya. Kukunya disesuaikan khusus untuk memanjat pokok, satu ciri yang unik bagi spesies ini.
Pigmi Marmoset adalah omnivor dan makan buahdaunserangga dan kekadang juga reptilia yang kecil. Bagaimanapun, kebanyakan dietnyaterdiri daripada sap pokok. Sehingga dua pertiga masanya dihabiskan untuk menebuk kulit pokok supaya dapat memperoleh sap yang lekit. Ia mempunyai gigi kacip yang sangat khusus untuk kegiatan ini.
Disebabkan oleh saiznya yang kecil serta pergerakan yang tangkas dan pantas, Pigmi Marmoset tidak mudah dilihat di kawasan-kawasan liar. Dalam kurungan, monyet ini boleh hidup sehingga 11 tahun.

Pygmy Marmoset
Fail:Pygmy marmoset 9811.jpg
Status pemuliharaan
Sedikit bimbang
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Mamalia
Order:Primat
Famili:Cebidae
Genus:Callithrix
Subgenus:Cebuella
Spesies:C. pygmaea
Nama binomial
Callithrix (Cebuella) pygmaea
Spix,

No comments:

Post a Comment