Tuesday, 24 May 2011

bengang sebagai seorang pelajar UiTM.


ade sorang blogger ni die budak UTM. die cakap yang UiTM tu second class University. aku jumpa bende ni kat blog The Towel Ninjadalam post dia tajuk SENTAP: Budak UTM cakap UiTM Second Class.Towel Ninja yang jumpa blogger tu and share cerita ni kat blog die. so aku sebagai follower terbacalah entri dia yang ni. korang klik je kat link tu. korang bace ape yang blogger UTM tu cakap pasal UiTM. kalau malas meh aku tunjuk ape dia tulis:


~UTM Itu Bukan UiTM~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamua'laikum & selamat pagi semua. Aku buat entri ni sebab benda ni salu terjadi...Bila orang tanya aku U mana, aku cakapla UTM...Pastu diorang tnya, UiTM mana? Mensirap beb! Kenapa aku mensirap? Ye ah, penat2 aku belajar nak masok UTM, suka2 ati je cakap aku UiTM....Pemes sangat ke UiTM tu? Padahal UTM tu 2nd top unibesiti kat negara ni kot, and 1 of the earliest unibesiti kat negara ni. Ada bukti yang kata UTM ni lagi tua dari UM...Ke masyarakat x amek tau hal sekeliling?

Bukan apa, bagi aku la kan...UiTM tu macam 2nd class universiti...Sapa2 yang x setuju, boley la kita berdebat kat ruangan komen ok. Tengok pada standard laaaa, most of the UiTM students adalah intake yang xley survive kat matrik (intake Disember) & Budak2 lepasan SPM yang x dapat matrik. Kalo ada yang mintak ngan iklas ati pon,,sebab senang nak dapat...X payah nak compete ngan students bumiputera yang jaoooooooohhhh lagi cemerlang.

Kadang2 tu jenuh gak lak nak cerita pasal UTM ni,,asek2 UiTM...Kat tempat aku praktikal ni pon orang kata aku budak UiTM, aku kena tekan btol2 kat perkataan UTM tu, baru diorang x tersilap. Bukan apa, benda ni pengetahuan am kot. Even nama dekat2, kena la tau...Dari dok umpat2 pasal orang len, bek amek tau pasal unibesiti2 kat Malaysia ni....Meh tgk logo kedua-dia unibesiti....

Bukannya jeles ngan populariti UiTM, tapi da fed up sebab people never recognize UTM yang da banyak bagi sumbangan kat negara kita lam sektor Teknologi. Memang ramai usahawan Bumiputera yang berjaya datangnya dari UiTM, tapi para engineer, arkitek pe suma dari UTM....Sekian."


panas nih! Towel Ninja yang belajar satu sem kat UiTM pun rase sentap & panas. apa lagi aku ni student UiTM yang dah nak masuk sem 3. belum kira lagi senior-senior atas aku. kalau aku jumpa blogger UTM tu aku nak je memaki dia. aku nak cakap kat dia betapa bangganya aku jadi student UiTM. dia ingat dia pandai sangat la sampai dapat masuk UTM? kepala hotak dia lah! yang aku tak tahan dia cakap student UiTM semua student yang tak boleh survive kat matriks. aku panas nih!!


and ni blog asal penulis tersebut remaja boroi

dan dia pun dah buat permohonan maaf . 


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamua'laikum & selamat pagi. First of all, aku nak mintak maaf sangat2 pasal entri semalam...Ramai gila yang terasa. Bukan aku sombong, bukan aku pandang rendah orang len...Aku just nak mention yang orang salu silap sebut bila berkaitan ngan u aku. Tapi ada satu ayat tu yang aku silap sebot...huhu.

Entri tu ako post kol 7.15 pagi...Time tu xkan xde orang sedar lagi? Sebab tu la aku carry on je, x penah lak terfikir yang time malam baru orang akan sedar kewujudan entri aku tu....Pas aku ping kat group2 pesbuk, terus aku tido....Then tadi baru dapat mesej dari membe aku yang entri aku tu agak melampau, lam 10 minit lepas...Pastu terus aku on9 & buat entri ni

Memang ayat aku tu menyakitkan ati, tapi aku agak terkilan bila ayat tu je yang orang baca...Komen2 suma pon pasal satu ayat tu je...Padahal yang perenggan atas tu isi2 penting, xda lak orang komen....Btol la orang kata, WATCH UR ACT,,MAYBE IT IS HURTING SOMEONE. Jadi aku da delete entri tu...

Bukan aku takot, cuma aku xmo panjangkan masalah. Keras kepala itu perlu, tapi kalo kita rasa kita salah...Better mengalah. Kan? Jadi sekali lagi aku mintak maaf, and aku akan try sebaik mungkin ntok tak keluarkan statement2 yang boley wat kejadian semalam berulang lagi. Sekian





Kamus Edisi Pertama by Prof. Volvo


up dated version ni.... on 19-Nov-2008:lol: 

Belajar Bahasa Sarawak

almari = kabad
ambil = ambik
anjing = asuk
apa khabar = nama berita (iban)
asak hati = ceria
awak = kitak
ayam = manok
ayam bakar = manok tunok
bagi = merik
bagi tau = padah
bagitau = madah
baik = bait
bakar / salai = tunok
baling / lontar = tikam
bawak = embak
belalang = buntak
belasah je = encang
benar = menar
bengkak = kembang
bercakap = kelakar
beredar = mupok
berlari = berekot
bersepah = ngambor
berteriak = nerais
bertumbuk = berbukut
bodoh = paloi
bohong = bulak
buat = molah
budak = biak
budak kecik = miak kecik
budak2 = mbiak
bunyi kuat = nyerin
buru = ngipak
cantik = kacak
dating = berdating
degil = entingal
dia = nya
dia orang = sidaknya
dibawah = debah
dimana = sine/siney
disana = siya
disini = sitok
dua biji/buah = duak igek
dulu = dolok/lok
engkau = kitak
gaduh/berkelahi = kelaie
gambong = nakal
geli = gelik
getuan = neguk
goyang = inggut
hari = ari
hari itu = ariya
hijau = gadung
hulur / serah = ulur
igek seterusnya = tiga dan sterusnya
ini / ni = tok
insut = alih sedikit
intai = nilit
itu / tu = ya
iya = auk
jaga = inang
jalanraya = jeraya
jangan = iboh
jaring/pukat = ranto
jatuh kepala dulu/tertongeng = belongkeng
jemu = lejuk
jom = lan
juga = juak
jumpa = temu
kalau = mun
kamah / kemaik = kotor
kapal terbang = belon
kelam kabut = kamboh
kelmarin = ari marek
kemudian = dudi
kenapa = kenak
kencing = kemeh
kerana = tegal
kereta = motor
kesian = tedah
ketawa = netak
ketuk = tukuk
kuching = pusak
lagi = agik
lama = lamak
lang = muka pintu
lembu = sapi
letak = engkah
lintas = limpas
linut = sejenis makanan diperbuat dari tepung sagu
lumpur = pantei
mabuk = palau (iban)
macam = kedak
macam itu = camya/gia/kedak ya
madah = cakap / beritahu
mahu = maok / mok
main main = plentey
mana = ney
manja = congek
marah = manas / nganok
memakai = ngenak
memancen = ngintek
memang = nang
membawa = ngembak
mendengar = nengar
menendang = nyepak
mengada = ngegeh
mengada ada = bujat
menggeletar = bergegar
menjeling = nyeling
meracau = ngereco
merayau = ngerayau/terkayo kayo
mereka = sidak
minum = ngenak (iban)
misai = somet
naik / panjat = nekik
naik = nait
nasib baik = semadi
orang = sidak
Padong = bumbung
panggil = tunggah
panjat = nikik
pasar = pekan
pasir = pantai
pengsan = leput
penjan = tingkap
pesik = buka / tanggalkan
potong = melah
pukul = paluk
punya = empun
putting susu = pepet
rajin = sigat
ramai = rami
rasa pelik = singkol
risau = bingung
rumah = diam
saja = ajak
sakit kepala = bisa palak
sana = sinun
sana/situ = siya
satu = sigik
saya = kamek
sebiji = sebutik
sedap = nyaman
sekalor = gila-gila
sekarang = kinek
sekarang ni = kinektok
semalam = marek
sementara = kedong
sibuk = gago
sikit = kit
sini = sitok
sombong = lawa
suk = suka
tahu = tauk
tak terurus = ceridak
tarik = narit
tarikan = rumbak
tegur = talo
teman istimewa = can
teman wanita / lelaki = gerek
tengkuk = geruk
tengok = nanggar
tepung sagu = tepung lemantak
terbalik =terbalit
teriak / jerit = nerais
terkejut = beliang hati
terkenang = ningas
terpacak = tercongol
tersungkur = terusuk
tiada = sik ada
tidak = sik
tipu/bohong = bulak
tuang = nuang
ya = itu
yang = nok
zaman dahulu kala = jaman mensia
ziarah = berambeh

Monday, 23 May 2011

blogger terkenal dan fake fb account

mesti semua orang kenal blogger femes ni kan?





Ha tengoklah sendiri betapa banyaknya. 
Tapi tak tau la kalau ada lagi banyak. Or ada blogger yang lagi banyak fake acc. 
Mungkin AILYL ROZANNA antara yang banyak. Mengikut firasat ,  fake acc terjadi apabila :
  1. Dengki dengan kejayaan seseorang – Biasalah sifat dengki benci semua ni susah nak dibuang kalau tak pandai dikawal.
  2. Peminat – Mereka yang menggunakan gambar fake tapi acc still nama mereka kiranya mereka terlalu fanatik. Ala standard kalau kita minat artis kadang2 kita pakai pic artis yang kita minat kan? AR dah jadi public figure la macam tu kan?
  3. Kurang perhatian dan kasih sayang – menggunakan pic orang yang ada pengaruh untuk mendapatkan perhatian semua orang . YA AKU BANGGA DENGAN fake acc.
So korang rasa apa lagi faktor penyumbang kepada fake acc ya? Mungkin jugak populariti? Siapa tahu kan? Ok utk maklumat lanjut korang bukak sini tengok sendiri. > Fake acc AR < (try tengok boleh tak)

Mcchicken beli satu dapat satu percuma !




siapa yang nak mengkuruskan lelemak dibadan, sila picit gambaq ini dan pergi print. lepastu kau bawak lah yang dah print tu pergi mcd, tunjuk dekat dia ! 


p/s :: nasib baik mcchicken, kalau spicy chicken mcdeluxe memang aku tak boleh kawal diri dah tahu takkkkkkkkkkk

Thursday, 19 May 2011

sepuluh (10) Masalah Lelaki Yang Perlu Anda Tahu


Masalah Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

001
Bila perempuan layan dengan baik, lelaki akan kata.. "minah ni jatuh cinta kat aku la"
tapi..
Bila perempuan tak layan, lelaki akan kata.. "pehh.. sombong giler perempuan ni"

002
Bila perempuan pakai baju lawa-lawa jumpa dia, lelaki akan sangka.. "minah ni nak ngorat aku la ni, pakai lawa-lawa.. padahal jumpa kat depan pintu je."
tapi..
Bila perempuan pakai selekeh.. lelaki akan kata.. "minah ni kuno betul.. orang ke apa ni?"

003
Bila perempuan membangkang, lelaki akan kata "keras kepala betul minah ni.."
tapi..Bila perempuan diam senyap, lelaki akan kata.. "takde otak ke?"

004
Bila perempuan lebih bijak, lelaki akan kata.. "ala.. aku saje bagi chance kat dia"
tapi..
Bila lelaki lebih bijak, dengan bangganya lelaki kata "hahaha.. orang hebat, biasa la"

005
Bila perempuan tak cintakan dia, lelaki akan sedaya upaya memujuk & merayu.
tapi..
Bila perempuan dah cintakan dia, sedaya upaya lelaki cuba meninggalkan perempuan tu.

006
Bila perempuan luahkan masalah kat dia, lelaki akan kata "banyak betul masalah minah ni, heh!"
tapi..
bila perempuan tak mau kongsi masalah, lelaki akan kata "ala.. you ni tak percayakan i la.."

007
Bila perempuan membebel, lelaki akan kata " you ni macam mak nenek tau.. hari- hari bebel kat i."
tapi..
Bila lelaki yang membebel, lelaki akan kata.. "i bukan apa, i sayang kat you.."

008
Bila perempuan tak tepati janji, lelaki akan kata.. " you ni tak leh dipercayai la"
tapi..
Bila lelaki tak tepati janji, lelaki akan kata.. "i terpaksa buat macam ni you.. "

009
Bila perempuan merokok, lelaki akan kata.. "pehh.. minah merokok. gila teruk dia ni."
tapi..
Bila lelaki merokok, lelaki akan kata.. "merokok baru la gentleman.." [merokok membahayakan kesihatan]

010
Bila perempuan sakiti hati, lelaki akan kata.. "you ni kejam kat i.. sampai hati you.."
tapi..
Bila lelaki pulak yang buat, dengan selambanya lelaki kata.. "ala.. you ni sensitive la.."




Nie ada beberapa kata-kata lelaki yang x berapa boleh dipercayai jika tidak disertakan dengan bukti2 pembelian
1. “i syg sgt pada u… i tak der p’puan lain selain u…”
<— padahal awek keliling pinggang, nama i berada pada page 40 dalam buku senarai awek die

2. ” i luv u the way u are.. x kisah la u kurus @ gemok.. “
<—- bile awek da gemok trus kena dump, stok ader lagi..

3. “Sumpahhhhhh!!!!!! I Tak kawin lagi”
<—–padahal anak dah sama bnyk mcm tangga batu caves daaaa…….

4. “Eh, mana ade.. i kat rumah nie.. penat sgt la.. nak berehat…”
<—–padahal dier ade je lepak2 makan kat luar….

5. “i susah nak suka kat perempuan…”
<—-tau tau esok dh tunang… ape kes…

6. “muka u sama mcm ex awek i dulu”
<—-padahal awek dia dulu hidun penyek, i takk heheh

7. “dulu, awek i tinggal i camtu je… rupa2nya dia ada org lain….. lama jugak i single… susah nak percaya pompuan, then i jumpe u…”
<—-aii awek tinggal die ker, dia yang tinggal awek tu…

8. “eh.. i tak bole cakap dgn u lama2 nie, mak i ade sebelah… “
<—mak ka bini ka awek ka???

9. “u lah kekasih i yg pertame dan terakhir..”
<—padahal i nie awek keberapa die tah…

10. “apa pun yg terjadi kita mesti pertahankan hbgn kita..”
<— last2 die yang mintak putus…..

11. awek : “kalo ex u dtg balik, u terima tak dia?”
pakwe : “Mustahil”
<— padahal tu yang dia tunggu2

12. “kalau u xpecaya amik kapak belahlah dada ini…”
<—padahal jari luka pun pengsan, nie nak suruh belah dada, pigi daaa

13. Kat dalam forum mulut berbuih2 cakap tak nak yg Cantik
<—kat luar…bukan main lagi berpusu2 nak usha pompuan cantik..

14. Kat dalam forum mulut berbuih2 cakap…gemok tuh ok…nak yg gemok..chubby
<—kat luar….bukan main lagi nak usha yg perut slim..

15. Kat lam telefon bukan main lagi berbuih2 ngan janji2 manis…tak peduli tengok rupa
<—bila jumpa in real life tengok rupa gemok…lari lintang pukang

Wednesday, 18 May 2011

obama osama bergurau senda ? nilai sendiri .



Mesti korang caya ni adalah Obama dan Osama yg realkan? 

Ni adalah 2 org pemuda yg mirip osama dan obama . .so bila berjumpa terjadilah satu situasi gambar yang menarik . .

 haha . .

lawak2 . .








tetiba teringat petikan lirik dari perang dah tamat by malique  , 

Saya orang aman

Saya bukan orang jahat

Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

yang tu wajib di highlight kan . haha . tetiba * takde kene mengena . 

TERLALU untuk wanita :)


Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina yang akan mudah diserangi penyakit.
Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya. *okeyyyy sekarang hujung minggu duduk rumah je tau :)
Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya,selain itu, mata juga tidak dapat rehat yang secukupnya
Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodohnya. Mudah murung & selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan. HAHAHA takot sekejap je, esok lusa bangun lambat lg.
Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlalu banyak
Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyaklauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot. Badan akan menjadi lemah. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif.

Haihhhhh berapa banyak terlalu la kan? hehehe lg satu, kalau terlalu banyak berbelog alamatnye kerja tak siap, hehehe okeyyy lah LOVE YOU ALLL :)

ORIGINALLY copied from SUMAIYAH BLOG

Sunday, 15 May 2011

PANASSS !!!! untuk mereka yang berada di AREA KL


Sejak bulan tiga yang lagi Peyimbah Asid ini dah bergiat aktif di beberapa kawasan sesak di ibu negara kita. The Star baru je mengeluarkan grafik lokasi mangsa yang terkena simbahan asid. Jadi kaum wanita terumatanya sila kurangkan perjalanan anda ke kawasan tersebut :-))

*just spreading the news*

Saturday, 14 May 2011

untuk kamu .



Terkadang..
hadirmu begitu menyenangkan
membawa kehangatan dihati..
Terkadang..
aku yakin akan rasamu..
Terkadang..
aku terbuai akan indahmu..
Terkadang..
aku menangis karenamu..
Terkadang..
aku sakit atas ulahmu..
Terkadang..
aku kecewa atas perbuatanmu..
Terkadang..
aku bingung atas sikapmu..


Tapi mengapa aku masih percaya kepadamu
Percaya..
kau akan memberikan kehangatan..
Percaya..
kau akan merubah hidupku..
Percaya..
kau akan memberikan yang terbaik..


Itulah dirimu cinta
Terkadang menyenangkan..
Terkadang menyakitkan..
Terkadang membingungkan..
Tapi selalu dinantikan..

Dari sebuah kebingungan yang tidak dimengerti..



Terangku adalah kamu
Gelapku adalah kamu
Senyumku adalah kamu
Tangisku adalah kamu

semangatku adalah kamu
mimpiku adalah kamu
ceriaku adalah kamu
Hidupku adalah kamu
Tapi kini kamu pergi
semua menjadi tidak berarti
sepi dan sendiri
semua telah berlalu **

Friday, 13 May 2011

attention !




sekarang ni kan gempar dengan kes main simbah asid asid ni kan . 
sampai kan anak gadis kat luar sana pun dah naik risau kalau dorang nak keluar pergi mana mana . 
ni ada satu info pasal asid asid tuu . 



PENYIMBAH ASID BERSIRI yang tak ada tujuan untuk hidup!
Please take a very good care of your family!
A man on a black Honda EX5 motorcycle.
News is spreading, they said Balai Polis Tun Razak has released the plate number as WPV 4963.
Those with information on the splasher can call the police at the Rakan Cop hotline
(03-2115 9999) or SMS POLISKL at 32728.

Thursday, 12 May 2011

bercakap tentang ketidakprihatinan dan kepentingan diri sendiri


apa perasaan anda bila anda terpandang orang sebegini ? 

adakah anda akan membantu dia yang berada dalam kesakitan ? 


kalau youu all semua ingin tau , time ni , TIADA seorang pun membantu beliau

beliau sendiri menelefon ambulans .

padahal hakikaktnya waktu itu polis trafik ada . 


and i'm not think that this is happen in MALAYSIA

because aku yakin semua rakyat MALAYSIA prihatin KOT . 

takkan lah polis trafik ada kat situ , still boleh buat bodoh je ? 

memang tak bertimbang rasa lah kan . 

and aku berdoa agar satu hari nanti , aku ditakdirkan MATI , 

tetapi bukan dalam keadaan sebegini . 

mintak dijauhkan . NAUZUBILLAHHH !!