Saturday, 29 January 2011

good moment to share .




Hye peeps .
Semalam baru aje bukak facebook . and then , ada nampak gambar kelas yang kitorang ambil beberapa hari yang lalu .
Hmm .
Cakap pasal budak – budak nye , memang tak ramai laa yang nak ambil gambar time nieh .
Tak tahu kenapa , mungkin , malas , segan , malu dan lain lain .
So , ini je laa yang dapat bergambar .
Itu pun , masih ada yang main – main .
Takada yang nampak macam serius kan ?
Biasa lah .
Budak DPA memang macam tu .
Haha
boleh zoom kalau tak nampak dengan jelas ye .
sengaja saya mengecilkan gambar ini . haha .
gambar tak lawa , nak buat apa letak besar - besar kan ?












gambar yang tak seberapa nak kacak .
Tetapi yang pasti , aku rasa aku paling menyerlah kot dengan shawl pink dengan baju kurung hitam tuhh .
Yang lain semua pakai tudung hitam dan putih .
Aku sorang je yang serba ke’pink’an .
Okayy .
Bebanyak – banyak ucapan terima kasih kepada NEK LATAH a.k.a Nur Fadzilla Binti Mohd Fadzel kerana telah memasukkan gambar kenangan yang akan saya kenang sampai bila – bila .
Until graduate pun , aku akan tetap ingat kat korang semua .
Korang happening . Korang gila – gila .
Haa , lupa nak mention . kalau korang nak tau , dalam GAMBAR nie , aku adalah satu – satunya puteri smenanjung yang ada dalam gambar ni .
I’m very proud of it . haha .
Apakah ? seakan –akan riak aja .
Dalam gambar ni jugak , ada sorang aje laki dari semenanjung .
Yang bahagian paling depan sekali , LELAKI . ( ada ke laki lain yang duduk paling depan skali ? )
Rasanya takde kodd .
Tu laa dia . orang KLANG , SELANGOR .
Haha .
Gambar ni , memang akan aku sentiasa simpan laa .
Dan akan sentiasa aku kenang .
Thanks korang . sbab susah senang kita bersama – sama .
Bila aku ada masalah , aku share kat korang .
Bila free , kita lepak sama – sama dekat Kafeteria .
Memang aku tak boleh lupa lah saat – saat manis kita an .
Lagi – lagi bila dekat kem permai , santubong kan .
Happening sangatt .
I love you all .

◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻
░█░░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░█░▀█▀░
░█░░▄▄░█░░░█░█▀░░░█▀░░▄▄░█░░█░░
░█░░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░█░░█░░
◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈☻◈

Friday, 28 January 2011

kebosanan mendorong kepada menulis blog?









okay . 
bila dah bosan lepas balik kelas , 
macam gini lah dia . 

location : Hurun Hakim's Room

memang tak boleh belah laa kan suka main webcam nieh . 
macam dah tak ada assignment yang berlambak je yang nak kena buat . 
takpe , lain tu semua tolak ketepi .
bila time kita main , kita main betul - betul . 
bila time kita belajar , kita belajar sungguh - sungguh kan ? 
haha . 
tapi aku ni selalu ke belajar bersungguh - sungguh ? 
macam tak je . 

Tuesday, 25 January 2011

again and again . sekali lagi kau buat hal ek .


Again and again .



Aku delete kau , kau add balik .
Benci tau benci ?
Dari dulu suka sangat macam tuh .
Kau pikir aku ni layan sangat laa kan kau punya ayat manis tuh ?
Haihh .
Kau memaksa aku block kau je laa .
Okayy , seumur hidup aku , aku baru je block ex aku , and then , skang kau pulak ?
Memang kau orang kedua yang akan di block oleh aku laa kan .
Aku harap , lepas ni , jangan stalk fb aku lagi .
Memang benda ni mengajar aku tak approve orang sesuka hati laa kan lepas nieh .
Sebab sebelum ni aku main approve je semua .
Bila benda ni dah jadi , memang aku agak rimas laa kan .
Benci . sesungguhnya , aku amat benci orang yang suka memerhatikan atau kata english nye , stalk .
Lagi – lagi orang asing .
Benci laa sangat kan .
Aku sangat benci kalau orang yang dok add facebook aku , pakai nama palsu .
This is it .
Macam hina sangat nama sendiri sampai nak kena nama bajak laut hitam laa , kasih di sentuhan kidal laa , gagak hitam laa .
Memang motif kau nak sangat laa kan aku ada dalam fwen list kau , lepas tu bangga .
Bila aku tak layan , kau kata sombong . bila aku layan , makin naik minyak . macam !@#$%&*
Memang pengajaran laa kan buat aku . lepas ni memang aku takkan approve melainkan yang betul – betul kenal dan banyak mutual friends . so , lepas ni kalau aku tak apporve korang semua dalam facebook , ni laa sebab nya okayy ? dont ask me same question again . kalau korang ada ciri – ciri yang ada kat bawah ni , maaf lah , memang aku akan tekan butang IGNORE dan kalau kau add balik pun , aku ignore again and again .

Sebab mengapa tidak di approve .

a)aku tau kau bukan betul-betul nak berkawan dengan aku,  jadik tokleh semakkan friendlist aku..nanti account kita cepat full...tak sukerw....mula nanti mak aku cakap aku ni gedik sana gedik sini terima orang sesuka hati . (walaupun kita tak pasti apa niat dia add kita, biasanya kita akan automatically assume dia memang tak betul-betul nak kita ada dalam friendlist dia)

b) aku takut sikit dengan para lelaki especially yang dari profile picture je dah kelihatan lain macam jer gayanya...

c) Err especially yang tua...

d) Yang tak letak gambar sendiri. (letak gambar spongebob atau naruto atau chibi maruko chan etc)

e) Yang letak gambar orang lain. (Heliza Helmi ke  atau Siti Nurhaliza) ;P

f) Mutual friends takda sorang pun atau ada sorang dua yang aku  sendiri pun kadang-kadang tak kenal.

g) Dari negara seberang...errr tak tahu apa motif tapi memang tak berapa nak rajin untuk accept as friend.

h) Profile picture tak jelas dan default name pelik-pelik.

Saturday, 22 January 2011

nota untuk kamu


aku tahu kau akan baca blog ni walaupun cepat atau pun lambat .
aku nak kau tahu yang sekarang ni , aku dah benci kau sangat – sangat
itu yang kau nak daripada aku ?
tahniah sebab berjaya buat aku benci sepenuh hati dengan kau .
aku tahu kau akan baca sebab aku tahu walaupun kau dah kekasih hati dan aku bukan lagi kekasih hati kau , kau masih lagi mengikuti perkembangan aku kan dalam facebook , blog , mahupun text npon ?

okayy .
first aku nak luah yang aku sangat tak puas hati bila kau suka suka hati je tag aku dalam post kau .
and then , bila kau rasa bini kau akan marah kau , lalu kau memadam kan post tersebut tanpa aku ketahui apa isi kandungan post tersebut .
kau tahu , aku amat berasa marah dan kecil hati bila benda sebegini kau buat main – main .
kau ingat aku ni terer IT sangat ke nak cari sampai dapat kau punya post ?


sorry laa .

aku sikit pon tak heran .
MISI UTAMA aku menulis di dalam blog ni supaya aku harap sangat kau baca dan mention that i hate you .

Jangan lah sukati sukati petik nama orang .
Kita dah tak ada apa apa kan ?
Buat apa kau kenang balik benda lepas .
Kau pun dah ada kekasih hati kan ?
Buat apa cari aku lagi ? please lah okayy .
Aku tak nak masuk campur hal kau lagi .
Dan tolong jangan masuk campur hal aku lagi .
Jangan babitkan nama aku lagi dalam apa – apa hal okayy . 

terima kasih atas segalanya .



Baru je aku terbaca dari facebook kau walaupun aku ini kerap sahaja online .
Tetapi sumpah , aku tiada masa untuk melihat facebook kau sementelahan aku dengan diri kau dah tiada apa – apa hubungan lagi .
Aku terbaca nota yang kau buat khas untuk aku , pabila ramai orang komen – komen tentang nota yang kau tulis itu .








First of all , aku nak cakap dengan kau , terima kasih atas kasih sayang yang kau berikan selama ni .
Thanks sebab kerana kau , aku belajar berdikari .
Thanks kerana kau memberikan aku pengalaman ditinggalkan oleh seorang kekasih setelah aku mula menyanyangi kau .
Thanks atas sejarah silam yang kau tinggalkan untuk aku kenang .


Aku masih ingat lagi , aku menolak lamaran kau selama dua kali oleh kerana aku tidak yakin dengan kau dan masih lagi terkenang – kenang dengan cinta lama aku .
Sementelahan aku  pada masa itu tidak ada menaruh apa –apa perasaan terhadap kau melainkan perasaan sayang terhadap kawan baik sendiri .
Yes  . iya . benar .
Sebelum kita berkasih , kau lah orang yang paling rapat dengan aku .
Kita share sama – sama masalah masing – masing .
Kita makan sama – sama .
Kita beli barang sama –sama .
Tapi tu semua sebelum aku sedar yang kau ada menaruh perasaan dekat aku .
Sungguh , apabila kau meluahkan segalanya setelah kita bertengkar pada awal perkenalan , baru aku tahu segalanya .
Kau ingin menyanyangi aku sepenuh hati , kau suka aku , kau tertarik dengan aku .
Lalu , kau ingin menjadikan aku sebagai kekasih hati kau .
Aku ada cakap yang kau kan yang aku tak sedia lagi . dua kali aku cakap macam tuh .
Aku kata , cari lah yang lain . banyak lagi perempuan yang lawa , happy go lucky LEBIH daripada aku .
Tapi kau tetap tunggu aku jugak .
Okayy .
Aku terima .
Tapi kenapa setelah aku mula menyanyangi kau , merindui kau , kau pergi ?
Kau biarkan aku terkapai – kapai keseorangan .
Bila aku membuat panggilan telefon , kau beri aku macam – macam alasan untuk mengelak daripada aku .
Bila aku beri mesej , sedikit pun kau tidak ambil peduli . terlalu susah untuk melihat kau balas mesej aku . walaupun ia nya penting .
Aku pernah ajak kau berbincang pasal ini kan ?
Tapi kau kata apa ? NANTI dulu , NANTI dulu , biarr laa , malas nak pikir .
Okayy . memang kau suka tengok aku digantung tak bertali laa kan .
At last bila kau tulis nota dekat facebook kau , baru aku tahu kau luah kan segalanya .
Kau tahu ? aku seringkali baca nota yang kau tujukan untuk aku itu .
Tidak tahu mengapa sebabnya .
Mungkin , amat terlalu jarang untuk kau mengaku apabila setiap hal kita terjadi .
Pada pendapat aku lah kan .
Sekali lagi , hancur luluh la kan hati aku .
Remuk jadinya apabila kau mengaku yang kau biarkan aku begini .
Terima kasih .
Terima kasih atas segalanya .
Aku harap engkau bahagia dengan hidup kau .
Aku harap engkau dapat realisasikan matlamat dan azam kau tuh .

Insan kerdil ,
Aku .

Sunday, 16 January 2011

isu shawl , gadis dan tudung ,. .

Note: Entry ni xde salahkan sesape, xde nak tunding jari kat sesape, takde nak burukkan sesape. Semuanya ditulis secara umum and berdasarkan pendapat n penilaian penulis blog GADIS TERBILANG  . MAKA , entri ini TERUS TERANG saya katakan diambil seratus peratus daripada blog tersebut . 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Isu tudung memang tak kan pernah selesai. Lumrah dunia, xde sape yang perfect and akan sentiase ade orang yang mempertikaikan. Tapi xpe! Aku cume nak luahkan sikit pasal isu ni. ^^


Lepas bace entry Joegrimjow pasal shawl, aku tros buke mate and nilai diri aku sendiri. Memang betol ape kate die, berpakaian bertudung pe sume tu biarlah kerana Allah S.W.T. Terkesan jugak la kat hati aku sebab seblom ni aku memang giler shawl! Dulu aku sanggup perabeh duit beli shawl paling latest then upload kat facebook promotkan business shawl orang. Bukan takat tu aje, aku buat tutorial care pakai shawl segala. Dari sdut positive memang la orang kate aku menggalakkan orang lain yang freehair pakai tudung, tapi dari sudut lain ade jugak yang negativenye sebab care aku pakai pon tak proper. Tapi aku bukan baik sangat pon so aku bley terima  -_-"!!! 


Lagi entry jejaka terhangat pasal hukum tabarruj. Entry die pon buat aku berfikir banyak kali pasal care pemakaian aku. Bhahahaa... Good wut? At least terkesan kat hati aku and buat aku berfikir tentang care and gaye berpakaian kalau aku nak keluar. Memang betol ape kate die, bertudung untuk menarik perhatian tu tak boleh. Tapi aku boleh terima lagi kalau nak berpakaian berwarne-warni tu asalkan warne tak striking and terlalu menonjol macam paria dalam pilem dok guling-guling sambil nyanyi-nyanyi. Pilih la tone yang soft and biase nampak lembut je... Sedap sikit mate memandang ^^


Cume aku tak suke orang perlekeh pasal shawl ni. Sebab yang bertudung labuh pon pakai shawl jugak aih... Bezanya cume dorang melabuhkan shawl dorang tu sampai menutup dada. Care pakai tetap same, lilit2 jugak. Dorang still nampak kemas and manis. Dah la pakai jubah, baju kurung, pakai shawl plak sopan je. Ok whut??? Sebenarnye sume bergantung pade care pemakaian biar nampak sopan and menutup aurat. Cume jangan over je lah pakai sarat sangat nak lilit pon dah jadi cam ulaq tedung tengah mengembang. Bhahaha... Ops! Aku pon same. Again... Aku tak perfect  -_-"!!! Tapi aku cube jugak perbaiki kelemahan aku! Hopefully aku bley berubah jadi lagi baik. Korang kene la doa untuk aku jugak  ^^


Lagi yang paling aku tak suke bile orang kate kat gurl freehair yang baru nak blaja pakai shawl:


"Elleyh trend je... Lepas habes trend ni kompem ko bukak tudung balik" 


Siyesly tak patut. Kenape nak memperlekehkan orang yang baru belajar nak menutup kepala sedangkan die tengah cube nak buat sesuatu yang baik? Ape salah kalau kite mendoakan die supaye terus buat kebaikan and bimbing die same-same berubah jadi lagi baik? Btol x? Biao la die buat perubahan sikit-sikit, untuk keselesaan die jugak. Kalau memule die pakai xproper, ajar la die pakai care yang lagi proper. Itu pon susah ka...? Ni nak perlekeh pe hal? Yang memperlekeh tu la sebenarnye kene cermin diri tu balik. Orang buat mende baik kau nak persoalkan perbuatan die. Pastu kalo die tak jadi nak bertudung sebab kau, hah camne? Jawab jawab...


Lepas tu, isu tudung ni tempias die bukan kene kat orang yang pakai shawl je. Ekceli orang yang bertudung labuh pon kene jugak. Aku sendiri terkejut dengan statement seseorang pasal tudung labuh ni:


"Dorang semua lagi seksi. Pakai tudung labuh [berat and terjatuh] lepas tu tertonjol semua "bukit" dorang. Lagi seksi dari orang yang pakai tudung biase-biase ni. Ingat kitorang tak bley bayang ke???"


Agak kurang ajar disitu. Tak patut la... Lelaki pon kene jage mate wut? Bertudung labuh tu memang elok, terjage and terpelihara InsyaAllah... Dah memang Tuhan create badan pempuan macam tu nak wat camne g? Haih!!! Nak salahkan pempuan punye care berpakaian, yang pendek salah, yang labuh pon salah. Dah mate kau tu yang keranjang! Cocok bagi bute nak???


Tu sebab aku kate, isu tudung ni mane pernah habes. Ade je yang nak cari kelemahan and keburukan orang lain kan? Itu salah ini pon salah. Cukop-cukop la... Aku pesan kat kau orang and diri aku sendiri, teruskan la buat "something" yang kau orang rase baik. Lame-lame kite belajar sendiri and taw pkir and decide tentang pilihan terbaik kite. Cntoh kalo gurl yg pakai shawl warne striking segala tu dengan fesyen haih tak nak kalah, lelame die akan brubah jugak bile die dah matured nanti. Dah tue-tue geli NYAH nak pakai camtu lagi lain la kalo die xsedar diri ;p


Same-same kite doakan yang terbaik untuk sedare sesame Islam kite  ^^


P/s: Aku pilih untuk bersederhana  :D 


P/s/s: Lelaki yang mate keranjang tu mesti takot nak komen kan??? ;p