hari minggu datang lagi .
kebosanan melanda tatkala diri ini sendirian di dalam kolej mengenangkan ayah dan ibu yang berada di JB .
huhu .
tahukah mereka bahawa diri ini amat merindui ibubapanya ?
ouh tuhan , tabahkan lah hati aku dan redakan lah kerinduan ini .
harini beli barang lagi dekat UNACO tuh .
waduh .
dah tak tahu nak buat apa , then shopping jak lah kan selain tido .
ayat aku sekarang ni pun , dah banyak terdorong untuk dalam bahasa melayu sarawak .
aku tak tahu kenapa .
barangkali aku lebih selesa menggunakan loghat srawak berbanding semenanjung tatkala berada di sini .
plus , aku bangga bila mereka mengganggap ku budak sarawak .
WAKAKAKA . ( nauzubillah hi min zhaliq , riak jak keje ku towk )
bukan apa , tak payah lah dorang nak bersusah payah nak cakap semenanjung kan .
sometime , sesetengah org sarawak agak janggal untuk menggunakan bahasa semenanjung .
mungkin sudah terbiasa dengan melayu sarawak barangkali .
diri ini dilanda keletihan tatkala diajukan pelbagai soalan dari mereka , terutamanya saudaraku .
letih dan muak untuk menjawab soalan mereka yang sentiasa ingin mendapatkan beritaku di sini .
"hows sarawak?"
"macam mana kat sana ?"
"ok tak duduk sana ?"
kalau sekali dua , barangkali mungkin boleh dipertimbangkan lagi .
tapi , bila dah lebih 10 kali , huh ! BIARin aja soalan itu dengan 1000 persoalan yang boleh mereka tafsir sendiri .
_abaikan jika entry ini seringkali dianggap merepek , merapu , nonsense dan sebagainya _