ini
menandakan , yang empunya blog ini tidak sabar – sabar untuk berlepas pada hari ahad bersamaan 2hb untuk menyambung balik pelajaran setelah bercuti sem selama lebih kurang 2 bulan .
Semestinya , aku akan merindui suasana yang ada dekat JB ini berbanding dengan Kuching .
Untuk setengah tahun nya , aku tidak akan bertemu lagi dengan orang orang yang aku sayangi terutamanya keluarga aku .
Sesungguhnya , jika ditanya , aku amat lah berasa cemburu dengan mereka – mereka yang sebaya dengan ku , mendapat peluang menyambung pelajaran mereka berdekatan sahaja dengan rumah mereka .
Paling tidak pun , sebelah negeri jek .
Ouh , amat lah cemburu . sangat – sangat .
Banyak sebab mengapa saya mencemburui mereka .
1 . sebab mereka boleh ulang – alik ke rumah mereka pabila hari minggu tiba . paling tidak pun , dua minggu sekali mungkin wajib bukan ?
2. mereka tidak perlu susah susah untuk membawa barang sebesar muatan lori kerana tidak memerlukan apa – apa cas . even , kalau nak bawak tilam ke bantal ke dari rumah pun boleh .
Kalau aku yang dapat seberang laut china selatan ini , hmm . alamatnya pikir dua tiga kali lah dengan cas yang dikenakan masa kat airport nanti .
ouh .
entri apakah ini ?
ntah lah .
tidak pasti .
yang pasti , ianya lebih terarah kepada luahan perasaan cemburu yang membuak - buak kepada mereka yang tidak senasib dengan saia .
mereka yang boleh sesuka hati balik ke rumah mereka walaupun dengan cuti dimana boleh kira dengan jari je , walaupun cuti seminggu , mereka balik .
saia ini ?
amat lah menyedihkann .