Monday, 19 October 2009

penggredan SPM 2009



Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2.         Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:



di ambil ketika menggeledah kertas skema jawapan percubaan additional mathematic negeri terengganu 2009..tapi, tak jumpa-jumpa. . .
huhu...

credit to : SMS Muzaffar Syah, Melaka  . klik untuk melayari laman web tersebut . .

Thursday, 15 October 2009

promoter UOX Celcom



hari ni aku rasa semacam tak sedap hati . .
semenjak aku kenal dengan sorang abang ni . . yang jadi promoter simkad UOX percuma depan sekolah . . 
mula-mula masa semalam daftar . .rasa takde pape . .
daftar n dea ada tanya dok mana . . 
then, jawab lah macam biasa. . 
sat lagi bila dah selesai mendaftar segala urusan . .aku pon amek beg tok balik ke rumah dengan jalan kaki . . 
sebab aku rasa dah malas nak naik bas . .
bas pon datang lambat sangat dan rumah bukannya jauh sangat . .
masa jalan kaki tu, ingat kan tak nampak laa aku yang jalan kaki ni..
aduhai . . boleh pulak ternampak oleh mata dea ni . . 
nak aja aku bagi pelempang . . 
dea panggil-panggil . . 
nak tak nak aku datang laa . . .

aku : "haa. . nak apa lagi? bukan urusan dah setel? "
dea : "adek jalan kaki ke? nak abang hantar kan? 
aku : tak payah susah-susah la, abang . .
dea : abang serius ni, kebetulan abang nak pergi kedai . .
aku : takpe laa . . saya tak biasa laa . .dah laa . .nak pergi tu,pergi je laa . . 
dea : tol ni? tak menyesal?
aku : tak kan menyesal laa . . 

then, dea follow je aku perlahan-perlahan sampai la aku sampai ke rumah . . 
perrhhh!! takut siaa masa dea follow tu . .
dah laa kepala botak . .
orang kata kepala botak ni GS . ..
huh !! mintak dijauhkan laa . . .
nasib masa tu dah sampai rumah . . 
dea tak buat pape pon . .

dalam hati berdoa agar tak jumpa dea lepas ni . . 

tapi silap, keesokannya jumpa lagi . . .

dea dengan member dea suruh promote nombor dea tuh . .
aku dengar-dengar member dea ni adalah sepupu kepada kawan adek aku . .nama kawan adek aku tu, Haziq . . 

time tu pulak , haziq ada kat gerai tuh . . .

sebelum aku blah dari situ cepat-cepat, haziq ada tanya yang Faisal ( adek ) jadi ke nak buat makan-makan hari ni . .

then aku jawab lah " yurp . . dea ada ckap yang dea nak ajak korang hari khamis . tapi tak tau lah jadi ke tak . "

pas tu, mamat tu pulak menyampuk , " yeke? boleh abang datang sekali"?

(dalam nada terpaksa dan nak cepat balik ) " nak datang,datang lah. . tak kesah. . haziq tau rumah . .pape hal, suoh je la dea k. . bye "

aku ingatkan mamat tu cuma gurau je . .

tak sangka pulak nak datang umah sekali . . 

hampeh betol lah mamat nie . . aku tak sempat ar nak jumpa dea sebab masa tuh akunak keluar dengan mak sedara aku..

time tu dea on the way nak g umah aku . . 

sampai je balik dari umah . . .

"weyh , tadi abang celcom tu cari kau . . aku tak tahu eh . . "

dalam hati, ek eleh . . 
pe hal pulak mamat nie nak cari aku . . 
dah datang beraya, dah lah . . 
tak payah lah nak lebih-lebih . .
dengar cerita budak-budak pompuan yang sebaya dengan adek aku cari aku . . 
buat apa? pelik betul lah korang nie . . 
kat sekolah tak nak story. . 
kat rumah baru nak cari . . 
sorry to say lah ! aku dah keluar ngan mak sedara . .
haha . . 

huh !!
selamat . .

Wednesday, 14 October 2009

ketidaksedaran SPM tinggal seebulan sahaja lagi



semalam outing lagi . . 
tapi kali ni dengan mak sedara. . .
tak tau la kenapa sejak akhir-akhir ni selalu sangat keluar rumah . .
semacam dah ketagih dah . . .
dalam bulan ni jek , dah hampir sepuluh kali keluar . .
2 kali keluar beraya g kampung melayu . . 
2 kali keluar g City Square ngan teman-teman . . 
hampir 4 kali beraya open house sana sini . .
besok pon bakal keluar lagi . .
tapi pergi umah farihah je laa tok menikmati makanan . .
semalam 3 tempat pergi . . 
pelan destinasi pertama , DangaBay . . 
ingat nak singgah , tapi . . hujan la pulak . tak sempat nak ambil gambar . . 
terus pergi City Square . .
pergi punya pergi . . nampak satu butik ni jual baju blouse seksi . . 
ala . . 
yang macam gni tuh . . 

bagi wanita muslimah, kan boleh di pakai dengan baju t-shirt hitam dalamnya . . 
punya lah pakat ngan mak sedara nak beli blouse tuh, RM 20 RINGGIT jek . . 
yang macam gini tuh . . .



murah giler . .kalau tak , selama ni RM40 ++
tak jadi laa . . .
tengok laa, lepas SPM nanti . . lepas dah keje ke, mesti banyak produk cantik-cantik 

bila dah borink-boring, buat keje bodoh plak . . 
aiseh mann . .gua cakap serius lah, sapa dapat awek macam gua ni , mmg la susah..
dapat awek cepat borink macam gua memang menyusahkan . . 
boy aku pon cakap cam tuh . . 
tengok laa hasil takde keje kami . . 
hasil seni ni diambil ketika dalam perjalanan ke Mydin . . haha . .


sapa-sapa nak kutuk muka aku ni,kutok laa . .aku tau tak lawa . . haha . . 

minah gedik . . huhu . . 

tak lawa,. . . tau dah! dengan gigi kuning dea . . haha . . 



destinasi kedua adalah Mydin . . 
beli-beli barang kat situ macam murah . . .
tengok tingkat atas,cam best . . 
last-last,borong sarung lengan , dengan pin jek . . 
mula-mula nak borong kertas kajang . . 
tapi mak tak kasik plak . .
dea kata kat umah tu banyak kertas, nak buat pe beli lagi . . .
pergi tempat teddy bear macam best . . 
siap ambil gambar lagi . .
tapi gambar aku takde laa. . 
semacam malu pulak nak ambil gambar kat tempat awam . .haha . .
nanti orang ingat artis pulak . . 


ni nama dea teddy bear . .haha . .

berlatarbelakang kan photo album . . 

ni mak sedara aku yang cun lagi baik . haha . .promote mak sedara la plak . .
dea ni memang anak bongsu , mmg padan la dengan teddy bear ni . . 
sapa-sapa nak kenal dengan dea, bagitau eh . .hahaha . . 
tapi rasanya dea dah ada calon kot . .

destinasi ketiga adalah Jakel Trading kat Tampoi tu . . 
ntah apa kena ntah dengan mak aku nak sangat pergi situ . .
beli kain ela lagi . . aduhai . . .
dah abis raya pon masih nak belek - belek kain ela lagi ke?
aduhai . . .
last-last aku dah boring tunggu dea ngan nenek aku membelek-belek . . 
dah fedup sampaikan kitorang wat keje seni lagi . . 
haha . . 


bila dah takde keje, cam gini lah jadi nya . .anak sapa ni?? bilang cepat !!

siap terduduk lagi . . terduduk maknanya kalsim dah kurang, otot dah lenguh . . 

berlatarbelakangkan kain ela . . 

makcik aku yang join sama . . aku tau . .dea dah borink jugak . . haha . .
seela RM98? cam cekik darah !


destinasi seteusnya adalah KipMart !! 
haha . . 
dah alang-alang singgah Jakel , singgah la sekali KipMart kan . . .
serius aku cakap , time aku first time datang sini . . 
semacam jatuh cinta dengan gerai tudung-tudung dea. . 
lawa gila, murah gila . .cantik-cantik belaka . .
tapi tu lah, nak beli . . ada plak suara yang menghalang . . 
konon banyak tudung ta pakai lagi laa . . pe laa...
eley , tak cukup duit cakap ar tak cukup . . 
muahahaha . . .
takpe2 . . pujuk hati yang berduka lara nie . . ceh wah ! semacam sayu la pulak mendengar nya. . 
lepas SPM . 
lepas SPM nak borong senyap-senyap dengan banyak-banyak pon takpe. . haha. . 

destinasi terakhir? 
balik laa . . .
haha . .
dah penat dah . . .
ni tak study lagi ni . . .
SPM lagi sebulan . ..
aduhai . . 
takut seyh . . .
wish me luck oke ! 
i love youu lahh ! haha . .

laksa sarawak



salam satu malaysia . . 
alahai . .ikot cikgu rohana la pulak . . 
benda ni dea ada ucapkan masa waktu contact time tadi . .
masa dea suoh budak form 4 siapkan kerja kursus moral tadi . .
aku ni asal amek berat sangat padahal tak de kena mengena??
biar laa . .none of your business oke !
haha . . 

petang tadi farihah kol . .
ajak makan-makan kat rumah dea . . sebelum tu, sempat lah online . . 
chatting ngan kawan rapat kepada boyfwen si umi tuh . . 
apa nama dea?
lupa ar . . 
urm . . 
faizul kot . . 
haha . . 
dea suoh tapau sekali . . 
ah ,! malas ar . .
huhu. . .

pergi ke rumah farihah , ternyata tidak lah mengecewakan . . 
ayat semacam poyo la pulak . . 
menu hari ni apa yerk fariha? 
ya !! laksa sarawak (dalam nada gedik )
buat kali pertama nya dalam hidup, aku merasa Laksa Sarawak . .
alahai . . maklumlah . . 
dea kan orang Sarawak .. 
so, tahun depan mana boleh rasa lagi dah sebab dea nak balik sarawak terus. . .
kitorang maybe dah tak jumpa lagi dengan dea dah..
hmm . . mesti rindu-rinduan nanti . . 


.



makan Laksa Sarawak memang sedap . . .
aku siap boleh tambah-tambah lagi dea punya mee laksa . . 
tambah telur dadar, tambah ayam . . .haha . .
nasib baik lah, masa tuh mak dea tengah tidur. . .
kalau tak , alamat nya termalu-malu kucing la pulak . . .
atau bahasa baku nya . . cover line lah konon!!

aku pon apa lagi?? melantak ar sepuas-puasnya . . 
lepas mak dea dah bangun tuh, aku pura-pura lah dah habiskan makanan . . 
padahal dalam hati nak tambah lagi tuh . .
tak senonoh punya kawan . . .
kawan sapa lah ni? teruk betul perangai dea. . .
time skang ni, ada pulak selera nak makan . . 
kalau tak, memang takde selera nak makan . . 
time memang nak makan, takde selera . .
time tak terdesak merasa makanan, ada pulak selera.. . .
ingatkan laksa tu tak sedap..
rupanya sangkaan meleset siot !
huhu . . .
thanks laa kepada Pn Hamsiah yang susah-susah menyediakan laksa sarawak kepada kitorang . . 
pada sesiapa yang saya tak sempat nak tapau tu, beli lah sendiri yerk . . 

terima kasih . .(dengan nada poyo + gedik )
haha. . .

selamat hari rabu semua !

Wednesday, 7 October 2009

bercakap tentang outing


petang tadi keluar dengan zizie . .
mula-mula ingat nak pergi bandaraya CS..
Sebab dia kata kat sana ada makanan fre...
tapi da habis..
kitorang pergi pon agak lewat sikit dalam something 3 atau 4 gitu...
kitorang pergi bertiga jek..
aku,fazilah,ngan adek aku yang dah lepas UPSR tuwh...
maklum lah, dea teringin sangat nak jumpa akak angkat kesayangan dea tuwh..
nyampah la siot! bila dah jumpa, wat malu-malu kucing plak..aduhai..
adek sapa la nie...
hahahaha . ..


aku menyampah kalau keluar pergi bandar berdua
time on the way nak cari bas tuh, mamat-mamat yang lalu-lalu situ bunyikan hon...
lagi-lagi kat taman istimewa tuh . . .
salah ke kalau jalan kaki ?
tak nampak x ada jejantas kat situ? ke saja nak tunjuk motor yang agak buruk tuh?
dah lah memekak dengan enjin nya..
aduhaii...kenapa la laki kat malaysia ni KEBANYAKAN nya sengal-sengal belaka?
kalau pompuan Malaysia usha mat saleh, marah . . pilih negro marah...
bebel macam makcik "dah takde sangat laki kat malaysia ni?"
seburuk-buruk negro pon, romantik !
hahaha. . .
dalam bas tadi pon duduk kat belakang orang negro jugak !
kutok - kutok rambut dea . .

aku : weyh ! aku rasa cam nak buat rambut cam dea laa . . (ala-ala rambut fasha sandha dalam evolusi KL Drift)
zizie : buat lah, . . nak tengok lawa ke tak . . hahaha. . .
aku : dea paham ke bahasa kita?
zizie : ntah . .tak tau lah . .bahasa apa yang dorang tengah berbual ni?
aku : bahasa negara dorang laaa. . takkan bahasa indon plak . .tanya soalan bonus plak lu nie...
zizie : haah ek. . ye tak ye gak . . 


sampai kitorang kat JUSCO TEBRAU CITY..kitorang makan-makan sikit kat Food Court tuwh . . 
lepas dah makan dan mengenyangkan perut . kitorang masuk plak kedai TOY R' US
hahaha . . 
macam budak kecik bila dah masuk kat tempat tuwh....
main anak patung barbie . ..
main tekan-tekan piano...
main tekan-tekan permainan senapang...
suka dengar bunyi-bunyi tu semua...
sampaikan beberapa pekerja kat situ tengok je aksi kitorang n buat muka macam nak halau kitorang . . 
haha..
relaks ar brader ! sebelum membeli, kita kena menilai barang tu ada kualiti ke tak. . .
ek eh . .macam la beli aku nie..
hehe. .. .
bila pekerja kat situ dah macam meluat tengok kitorang. . kitorang pon blah dari situ . .
balik ke rumah masing-masing dan bersiap sedia untuk menghadapi GERAK GEMPUR Chemistry Paper 3 dan Sejarah Kertas 2 . . 
hai . besok periksa pon sempat lagi ek nak keluar...
almaklumlah . . release tension sebenarnya....
hehe . . 
SELAMAT HARI RABU ! 

p/s :: jangan lupa beli nasi kerabu kat Pasar Rabu depan KFC pd ptg ni ! hehe . .